Tuesday, 31 December 2013

Free Gaza

Orait short post utk tahun 2014.Buku yg kali ni aku baca bagi impact besar dkat aku.Aku dpt rasakn betapa tabahnya budak kecil bernama palestine.Kalau aku dkat tmpat dia mungkin aku tak setabah dan sekuat dia.Sampai bila kita nak duduk di takuk yg lama?Sampai bila kita nak berfikiran sempit?Sampai bila kita nak merungut dan salah kan org lain?Berubah lah wahai hati.Berubah lah wahai diri.

P/S : note to myself

Sunday, 22 December 2013

Gossip Dalam Flight

assalammualaikum...




Orait cerita mlm ni pasal gossip eh.So on the way aku nak balik semenanjung haritu kebetulan aku duduk sebelah lecture aku a.k.a doctor su (suraya).Sepatutnya aku duduk dgn diapit dua org jejaka nak kata tampan taktau lah iollss.Aku pun tuka tempat duduk dgn aiman (cosmate) tu yg dpt duduk sebelah doctor su.Banyak yg kitaorg bual kan dari sekadar tanya-tanya alah gitu je,bertukar rancak perbualan kami.So tengah berborak tu tetiba bukak topik masalah student.Aku pun mewarwarkan masalahnya cewah kemain.Masalah yg selalu dihadapi dlm kalangan student universiti yg sebenarnya aku pun turut tersenarai dlm permasalahan tersebut ialah presentation.Dan menjadi lagi besar masalahnya ialah presentation dalam bahasa omputeh (english).Yeah aku adalah salah seorang student universiti yg ada masalah ni.So aku pun bagitau dkat doktor su byk advice and knowledge yg aku dpt dari dia.Nak kata aku ni hebat dlm bercakap omputeh tak lah.Aku rasa aku lah yg paling teruk nau klau ckp omputeh bunyi tah pape je.Advice aku dpt dari doctor su slalu praktikkan and the best is slalu duduk dlm kelompok dak dak speaking so secara tak langsung kau pun akan terikut sama utk speak in english.

Aku pun nampak bila kau duduk dlm kelompok dak dak speaking kau pun akan rasa nak ckp omputeh gak.Itu dialami oleh aku sendiri masa aku pindah sekolah dari sekolah kampung ke sekolah bandar.Doctor su pun ckp itu kelebihan sekolah dkat bandar berbanding dekat kampung.Ye aku tak menafikan apa yg doctor su ckpkan.Bukan nak kata yg sekolah dkat kampung kau tak boleh ckp omputeh boleh tapi kau pernah tengok dkat kampung dak dak sekolah dkat situ ckp omputeh? jarang aku rasa tak pun susah lah nak jumpa klau ada pun sekolah cina n tamil je kot.Dan satu benda yg selalu aku tngok ialah bila kau boleh ckp omputeh dtg kampung pulak mindset org dkat situ automatic ckp poyo gila ingat duduk overseas ke?Ye aku tak tipu itu yg kebanyakan org terutama melayu (maaf kenyataan) akan ckp.Sebab ape aku berani ckp mcm ni aku pernah kena dan selalu gak kena dgn typical malay.Jujur english aku memang teruk aku broken gila.Tapi aku cuba berani kan diri gak ckp omputeh ni.Doctor su ada ckp "we malaysian understand english but we don't know to speak english".Last sekali advice aku bykkan membaca buku english tak pun buat mcm aku slalu buat byk tngok cite omputeh

Tuesday, 17 December 2013

Rindu JOJO

assalammualaikum..

Tetiba teringgat kan jojo dkat rumah sihat ke dia?makan tak dia?okay tak dia?.Opss lupa pulak nak bagitau jojo ni siapa.Jojo ni haiwan belaan aku sendiri a.k.a syugar glider.Siapa yg tak tahu tu korang google lah sendiri.Tak silap aku haiwan ni pernah melalui era kegemilangan nya dimana ramai org nak bela dia.Sebab dia salah satu haiwan yg sngat manja dan senang dijaga dan mudah dibawa kemana saja.


Bukan gambar sebenar


Jojo ni aku dah bela since aku habis SPM seblm ni pun aku dah bela gak tapi terlepas sedih gak lah.Sugar glider yg first tu nama dia dolla.Entah lah mcm mana dia boleh terlepas."Harap dolla selamat dkat luar sana".Jojo ni pulak aku dpt tak guna duit aku pun hehe mummy belanja.Sekarang mungkin dah jatuh kot harga sugar glider.Kalau termasuk sekalitempat dia lagi.Total semua dlm 500 henggit keatas kot aku tak pasti.Masa mula-mula beli dia belum jinak lagi eh kita sendiri yg kena bondingkan dia its take a time jugak lah.Sekarang ni jojo dah jinak lah boleh bwk keluar letak atas bahu tak payah usung dia dgn beg dah.Dah takde bunyi mcm roda lori mainan dah "crabbing".Sekarang ni bila aku dah masuk belajar ayah yg take over tlg jagakan dia sebab adik beradik aku yg lain semua tak nak sebab takut kot haha.So aku hanya tanya khabar dia melalui ayah jelah.Sambil-sambil aku tanya khabar ayah mummy aku tanya lah jojo aku okay ke tak

Jojo ni senang lah nak jaga dia tak byk songeh sngat.Mungkin ada setengah org ckp sugar glider di susah sikit nak jaga bagi aku tak lah susah mana pun.Just bagi makan main dgn dia tu je.Mcm jojo aku ni tak cerewet sngat makan dia.Apa yg aku bagi dia mkn je tak memilih pun.Cuma tak boleh bagi mkn benda berminyak dgn cokelat tu je nanti dia senang mati.

Monday, 16 December 2013

Susah itu Manis


Assalammualaikum...





Tetiba terkenangkan masa-masa susah dulu.Teringat mcm mana sakitnya susah tu dulu.Tipulah kalau dalam hidup aku tak pernah susahkan?Sekarang ni pun ada susah yg aku lalui.Ye aku lebih rela susah dulu dari senang sebab aku boleh blajar dari susah utk ke senang,blajar mcm mana payah bila jatuh nak bangkit balik.Macam mana hinanya diri time tu.Dari susah tu aku boleh tahu siapa diri aku sebenar sebab susah tulah kita boleh nampak diri kita sebenar.Kalau senang haruslah ada perasaan BONGKAK tu,tipulah klau aku tak pernah ada.Bagi aku lah lebih rela sakit dulu dari seronok dulu.Sebab klau sakit dulu kita dah tau mcm mana nak tahan sakit tu bila kena lagi sekali that means "tabah" lah.Susah tu bagitau diri kita siapa sebenarnya kita ni.Aku tak menafikan susah tu tersangat lah sakit dan peritnya!.Aku selalu ibaratkan susah yg aku dapat tu ibarat aku bermain dalam olahraga.Macam mana aku bangkit balik bila jatuh masa berlawan dan aku cuba tamatkan perlawanan tu walaupun time tu kaki dah berdarah dah memang tak kuat pinggang dah senak aku tetap tamat kan walaupun akhirnya tak menang.Macam tulah lah aku akan tamat kan kesusahan yg aku terima walaupun akhirnya tak lah sesenang mana,cukup sekadar aku berjaya tamatkannya. 


Yang membuat kita kuat adalah DOA
Yang membuat kita dewasa adalah MASALAH
Yang membuat kita tabah adalah USAHA KERAS
Yang membuat kita hancur adalah PUTUS ASA
Yang membuat kita semangat adalah HARAPAN DAN IMPIAN

Wednesday, 11 December 2013

Jangan bersedih


Assalammualaikum......



Air mata aku jatuh jugak walaupun aku cuba tahan.Siapa yg tak sedih bila orang yg kita kenal pergi tinggalkan kita buat selamanya.Itu yg terjadi pada aku hari ini,disaat ini dan masa ini.Buatkan aku lagi sedih bila aku tak tahu pun yg dia dah pergi dan aku hanya tahu dari twitter je.Aku tersangat lah rasa terkilan sorang pun dari kawan aku tak bagitau dekat aku yg dia dah takda,sampai aku call kawan aku tanya betul tak dia dah takda.Sampai sekarang aku tak boleh terima lagi yg dia dah takda byk kenangan dgn dia.Nasihat yg dia selalu bagi dkat aku,aku akan ingat sampai bila-bila.

Al-Fatihah....

Tuesday, 10 December 2013

Jadilah Seperti Matahari


Assalammualaikum wbt.........


Matahari salah satu novel yg aku baca.Matahari boleh dikatakn sebuah cerpen yg byk mencerita kan kisah kehidupan.Aku suka cover depan buku ni ada tertulis "Jadilah sepertinya,sinar cahaya kepada semua sumber tenaga,segala paksi untuk semesta,sinarnya sampai walau dalam gelita"
itulah matahari.Novel ni mencerita kan teladan kepada setiap cerpen yg ada dan jadikan matahari sebagai watak utama.Kita yg baca tak perasaan ada tertulis di setiap cerpen peranan matahari itu.Penulis Hilal Asyraf aku suka dan dah lama aku ikut dia.Aku suka setiap yg dia tweetkan byk memberi kata semangat.Bila aku baca novel ni aku terfikir kenapa aku tak boleh jadi mcm matahari yg selalu bersinar walaupun ada yg membenci,memaki hamunnya?


Jadilah seperti matahari
selalu dibenci,tetapi memberi kebaikan
kekadang matahari dimarahi kerana sinarnya
kekadang matahari diseru kerana sinarnya juga
pernah matahari menghilangkan diri 
pernah jua matahari sentiasa menjelma
Orang sekililing selalu menyalah kan matahari
tanpa mereka sedar matahari itu sendiri yang memberi kebaikan
matahari tetap memberi sinarnya walaupun dicaci maki
matahari tak pernah berhenti bersinar walau dibenci
matahari tetap bersinar walaupun ditutupi awan mendung
matahari dibenci tetap bersinar juga
matahari disayangi tetap bersinar juga
matahari tidak pernah berhenti bersinar untuk orang lain
matahari tak pernah mengeluh untuk bersinar
matahari sentiasa ikhlas dgn sinarannya
matahari tidak pernah mengungkit dengan sinarannya



Aku merasakan bahawa apa yang berlaku pada saat ini adalah teguran Allah kepada umat Islam keseluruhannya. Perkara yang aku tahu, umat Islam pada hari ini sering bertelagah. Malah ramai daripada kalangan mereka langsung tidak ambil kisah akan keadaan saudara mereka yang lain. Mereka hidup dalam suasana ananiah(pentingkan diri sendiri) yang menebal. Hati mereka telah menjadi keras seperti batu untuk merasa penderitaan saudara-saudara mereka.--petikan cerpen oleh Hilal Asyraf

Monday, 9 December 2013

Dengan Izin Allah



Nak kata aku ni bagus dlm bagi nasihat,tidaklah.Ini cuma apa yg aku rasakan dan nasihat untuk diri aku tidak ada kena mengena dgn yg hidup mahupun yg terlah pergi.Bagi aku semua yg terjadi pada diri kita sama ada baik mahupun buruk semuanya dgn izin ALLAH.Aku tak menafikan yg kekadang kita lupa utk bersyukur dgn apa yg kita perolehi.Malahan kita jadi terlalu bongkak dgn apa yg kita ada.Ye betul sebab aku rasa kekadang aku pun mcm tu jugak.Betul kita manusia memang takkan lari dari buat kesilapan.Tapi sebenarnya kesilapan yg kita buat tu mematangkan kita utk lebih sujud kepadaNya.Maaf mungkin penulisan aku kali ni ada yg kurang betul.Kalau ada mohon tunjuk ajar dan perbetulkan aku.Kekadang kita pernah merunguk dgn apa yg kita ada.Mcm aku pernah merungut kenapa assingment byk sngat dan aku sendiri lupa yg semua tu ada hikmah disebalik nya.

Pernah timbul rasa marah pada diri aku dan aku lupa semua kemarahan yg aku rasa masa tu dengan izin Allah.Pernah aku persoalkan kenapa semua benda yg jadi pada diri aku.Dan aku lupa sekali lagi semua ini dengan izin ALLAH.Ayah selalu ckp dkat aku semua yg jadi dkat kita masa didunia semua dgn izin ALLAH dan ada hikmah setiap yg terjadi.Kekadang aku lupa pesan ayah,ALLAH nak uji hamba dia sebab dia masih sygkan hambanya dan dia nak kuatkan keimanan kita dgn ujian yg diberi.Aku sedar semua itu tetapi dunia melupakan aku tentang semua tu.Aku sedar aku tidak sebaik org lain dan kekadang aku jahil jugak.Kekadang air mata yg menitis waktu kita tngah berduka pun dgn izin ALLAH.Aku tahu sukar untuk aku jadi anak yg solehah buat mak ayah aku.Malah untuk jadi seorang muslimah yg sejati.Banyak lagi kekurang pada diri aku,aku sedar semua tu.Apa yg pernah terjadi dan akan terjadi pada diri aku ni,aku yakin semuanya dgn izin ALLAH.Aku ingat lagi kata-kata ayah "kalau nak mati dekat mana-mana pun boleh,soroklah mcm mana sekalipun.Kalau ALLAH tu kata mati,matilah kita"



P/S : Ada hikmah setiap yg berlaku dan percayalah semua ini dgn izinNya.Dengan izinNya aku berjaya post entry ni.

Rindu Ayah

assalammualaikum.....





Entry hari ni kita main luahan rasa rindu untuk ayah tercinta,mummy pun sama lah hehe.Sebenarnya aku merajuk dgn ayah sebab sejak dua menjak ni susah nau nak dpt ckp dgn ayah sedih tau :( Tak silap aku dua minggu before aku nak balik U aku dah start tak jumpa ayah,agak terkilan gak lah dkat situ.Aku ni sebagai anak harus lah faham kerja ayah aku en ada musim dia kena outstation memanjang.Tapi korang tau tak perasaan rindu membuak-buak dlm diri aku ni mcm mana.Dulu masa sem satu ada lah gak ayah call tanya khabar tu pun klau aku tak call,tapi kali ni mcm susah je ayah nak call aku....Sekarang ni kakak aku yg sibuk call borak kosong okay jugak dpt hilangkan rasa rindu aku ni hah.Kalau ikut aku lah kan,aku yg paling rapat dgn ayah.Ape-ape pun semua ayah dan blh dikatakan aku ni mcm anak lelaki gak lah walaupun hencik mail ni ada anak lelaki yg sejati.Ye aku slalu tlg ayah buat garden potong pokok buluh tepi rumah ubah pasu bunga semua.Kekadang tlg ayah betulkan lampu rumah,repair motor ke.klau tanya anak lelaki sejati dia tuh memang tak lah dia nak buat kerja haram satu hape pun tak nak buat tahu main HABOO dia je tak pun ps.Angkat benda berat pun aku gak tong gas ke tv ke aku bedal je pernah aku angkat katil dgn anak buah dia haha.Aku dgn ayah ni klau diikutkan ada satu benda yg aku dgn ayah suka buat pergi jongging jaga kesihatan.Kitaorg memang slalu pergi jongging berdua.

Kalau nak dibandingkan dgn anak-anak dia yg lain diaorg mana nak jongging berdua dgn dia,naik motor pi pasar malam pun aku rasa tak.Dulu kecik-kecik biasa lah tapi dah besar semua mcm segan kot tapi aku jeh yg tak tahu segan dgn bapak aku sendiri yelah ayah kot buat apa nak malu redah je naik motor dgn dia.Tapi aku kekadang kesian dgn ayah walaupun dia penat mcm mana pun demi anak-anak dia,dia tak kesah penat dia sanggup susah untuk anak dia.Selalu gak lah dia hantar kakak aku balik rumah dia dkat puncak alam memalam esoknya nak kerja.Selalu gak hantar kakak aku balik segamat,ulang alik kl ke teluk intan.Bayang kan umur dia skrang dlm 50 lebih mampu bwk kereta jejauh.Kalau bawak slow takpe ni laju gila nak mampos,belum tngok klau dia lumba dgn kereta yg bwk mcm harem tak pun saja cari pasal dgn dia kalah michael schumacer eh.Siapa yg first time naik dgn dia akan ckp mcm ni 'ibarat nyawa dihujung tanduk'.

Aku pulak adalah si batu api yg akan mengapi-apikan bapak aku lagi supaya dia bwk lagi laju hehe.Ada gak sekali tu kena marah dgn mummy dan anak-anak mummy yg lain sorry guys habit kot.Ayah ni ibarat boyfriend aku.Selalu bagi kata semangat dkat aku bila ada benda yg aku rasa aku tak boleh buat.Selalu bagi nasihat kuat kan semangat aku untuk terus berjuang mcm-mcm lah lagi.Pernah skali ayah ckp depan aku nak mati dekat mana-mana pun boleh,klau menyorok dkat tempat yg susah nak cari pun klau Allah tu kata mati,mati lah kita.Time dia ckp tu aku senyum lagi padahal dlm dah sebak dah.Last-last masuk bilik lah nangis sensorang tak macho nagis depan ayah.Walaupun org bila tengok ayah aku akan ckp dia garang.Padahal bagi aku sikit pun tak garang dia sngat baik,sayangkan anak-anak dia.Kalau kena marah,kena pukul tu biasa siapa suruh buat salah en.Sekarang ni pun ayah busy kot sebab slalu jumaat dah call aku tapi ni tak pun.




Thursday, 5 December 2013

Cerita NOVEL

Selamat Tengahari dan Kembali semua...


Nak lah iolss kongsi dgn uolls semua pasal novel-novel yg best khen.Tngok tajuk entry kali ni pun dah tau aku nak cerita pasal apa.So yg mana rasa nak baca sila kan melekat sebentar yg tak suka baca entry ni sila lah beredar dgn segera.Aku ni boleh lah dikata seorang pengemar novel dan ada ketika aku akan ketagih dgn novel ibarat movie jugak lah.Semua novel aku baca dari gen romantik sampaikan cerita sejarah aku baca.Tapi aku hanya akan beli novel thriller sahaja,utk novel cintan cintun aku hanya akan pinjam pada si mangsa yg akan aku cari siapa yg ada novel berkenan.bagi aku novel cinta terlalu mahal kot berbanding novel thriller yg harga dia dalam 20 henget gitu tapi mahal gak lah DUIT kot.

sebut pasal novel thriller ni buat aku teringat dkat penulis buku sorang ni yg aku anggap penulisan dia kekadang mcm org takde agama masa mula-mula aku baca novel dia "MURTAD" tapi bila baca betul-betul ada isi tersirat dan tersurat yg HASRUL RIZWAN ni cuba sampai kan.Aku suka penulisan dia yg slambe dan luar dari pemikiran otak aku sebenar nya,aku tak pernah terfikir akan ada org menulis cerita yg tak masuk akal tapi dia berjaya buat aku yg baca dpt bayang kan setiap situasi dlm novel tu.Dia berjaya buat aku rasa yg watak dlm setiap cerita dia memang wujud.Dan aku dpt rasa kan penulisan dia psycho bagi aku.


Inilah novel Murtad 
cover depan pun dah hensem :D


Dari murtad aku sambung ke novel dia lagi satu 'TUHAN' ni pun aku dah baca sampai habis.Aku rasa dri pembacaan aku wah kau mcm pengkritik pulak en hehe.Untuk novel tuhan ni ada benda yg tak masuk akal memang tak masuk akal pun klau nak buat jadi realiti. Ouh ye 'TUHAN' ni adalah sambung dari novel 'MURTAD' dan aku dah pun khatam kan tuhan ni.Ending dia bagi aku agak tergantung dan aku tak pasti sama ada,akan ada sambungan dari tuhan ni ke tak.Klau di ikutkan Hasrul Rizwan ni baru jeh aku jadi pengikut dia masa cuti sem lepas aku terjumpa buku dia dan aku rasa aura penulisan dia buat aku nak pandang je buku dia masa tu.Lama gak aku belek buku dia time tuh tngak fikir nak beli ke tak pastu aku tngok duit buat kira kira jap cukup tak nak beli buku dia.Tetiba tuhan tu bukak pintu hati aku nak beli buku dia haha.Yang pasti muka kakak aku time tu dah bertukar jadi hulks agak seram disitu.Lalu aku sebagai adik buat muka paling shomel lalu ku senyum sambil berkata jom kita pi makan akulah blanja dah buat dia tunggu
aku belek buku punya lama dkat MPH sampai brader dkat MPH bertukar wajah gak lah layan aku punya soalan haha.

Inilah dia Tuhan korang
tngok cover pun mcm blur en?
Baca dulu baru tahu best ke tidok


P/S : Hasrul Rizwan ni aku tak berkesempatan utk jumpa dgn dia.Dengar berita dia akan ada dkat PWTC 11-15 DIC tak silap utk expo buku 1 malaysia,cerita dia memang aku tak dpt nak jumpa lah kan


Okay yg bwh ni semua buku yang aku dah baca menarik gak bagi aku lah.Tak taulah korang mcm mana kan,mungkin korang suka baca novel cinta yg jln cerita dah blh tau dgn hanya melihat kulit buku sahaja mungkin? Atau pun novel cinta yg kena kawen paksa yg mula-mula tak suka,pastu suka pulak.Tetiba gaduh besar konon konflik rumah tangan.Ending dia pasti semua tau Bahagia Selamanya


Ngeri ni pun best penulis dia bangsa cina,tapi pada aku ada persoalan yg sampai skrang aku tak jumpa jawapan dia mengenai watak Bruce Lee dalam cerita ni.


Novel lama yg pasti aku tak beli pun tapi tngok dkat rumah dah ada.Cerita dia lebih kurang mcm movie ENOUGH sape yg pernah tngok cerita enough tuh tau lah.


The Secret semua tau ada Movie dia.Yang taktau tu korang google lah.



Fallen By LAUREN KATE
mcm cerita vampire sikit.


Ini jelah yg aku blh kongsikan,sebenar nya byk lagi dah sakit tengkok mengadap laptop ni lelama.





Tuesday, 3 December 2013

Malas Terlampau

Selamat Malam...

Entry kali ni tak banyak yg aku nak membebel,aku rasa lah.Aku tak tau lah kenapa penyakit yg aku ada ni dari dulu lagi tak boleh nak buang haish...Kenapa lah perlu wujud dkat dunia ni satu penyakit yg dipanggil MALAS.Kekadang aku rasa malu dgn diri aku sendiri,roomate aku,costmate aku.Sebab aku rasa aku lah satu-satunya manusia yg paling bodoh dkat sini dan paling malas tahap gaban.Salah satu sebab dtg penyakit malas ni dan kekadang dtg dgn keadaan yg teramat terlampauan "nampak bombastik dia" haha disebabkan aku telah dihidangkan dgn movie-movie yg buatkan aku ketagih nak tngok.Sampai aku sanggup melupakan assingment yg tngah tunggu turn utk disiapkan.Aku pun akan jadi malas nak mentelaah buku yg sedia dibukak bila dlam kelas je haha




Aku ni memang org yg gila movie ye movie adalah hidup aku,dia ibarat DADAH yg buat aku ketagih nak tngok bila movie yg best sedia ada dilaptop tak dikhatam kan.Jangan lah suruh aku khatam al-quran mungkin aku akan tersenttak sebentar hehe.Manusiakan klau bab buat benda baik semua lambat,tapi bab benda laghar ni laju jeh.Boleh dikatakan sekarang ni pun aku memang malas nak menaip.Disebabkan terpaksa utk mewujudkan 3 entry dlm sehari ku gagahi jua.Jap skrang ni pun aku tngah pikir ape nak tulis lagi bagi entry ni panjang... (lost idea)





Monday, 2 December 2013

Pekenalkan Diri Anda

Alright kembali lagi menyambung penulisan.

Yes aku sambung balik penulisan dlm entry baru tajuk yg baru,ditemani seorang hamba Allah yg budiman lagi baik hati.Ehem klau baca tu jgn nak sengeh meleret pulak.Laju nau aku update entry baru en haha sebabnya tutorial ict aku mintak sehari 3 entry gila kau byk der.Disebabkan itu aku menjejakkan kaki ke Library yg mungkin hanya final exam baru aku nak jejak kan kaki disitu,takpun  dalam keadaan yg terdesak utk menyiapkan assignment yg bersepah mcm yang aku tngah buat ni.Semua disebabkan line Uspot yg lembap.Ouh boleh buat aduan dkat NAJIB ni mintak penambah baikkan WIFI di Universiti

Ye dan ye dan benar dan tepat dan tak salah lagi aku merupakan seorang pelajar Universiti disalah sebuah Universiti dekat Malaysia.Akak tak pandai dik nak blajar overseas,Spm pun cukup cukup makan je dik.Tapi harus lah kau kena bersyukur dgn apa yg kau dpt tak gitu dik? Seorang perempuan harus lah perempuan en hehe ada tujuh orang adik beradik,enam perempuan,seorang lelaki.Aku anak perempuan yg terakhir bukan anak bongsu mohon baca elok-elok.Bawah aku adalah adik lelaki aku dia lah hero dlm family katako.Asal TELUK INTAN  tapi skrang aku menetap di Taman Melawati yg mana tak tau tu korang google jelah lah sendiri eh dkat mana taman melawati.Jangan pelik aku lahir dkat teluk intan tak reti sngat nak ckp perak "ate kome" tu tak eh,kitarg tak reti sngat nak ckp mcm tuh.Kitaorang ckp mcm biasa bahasa melayu biasa takde slang mana-mana.Usia aku baru 18 tahun muda lagi dan mungkin akan ada yg tak percaya dgn usia aku bila tngok aku,mungkin korang akan ckp aku budak sekolah 'perasan jap' haha



Inilah Boyfriend tercinta aku :D
HENSEM OKAY! 
- rindu ayah-



Inilah Girlfriend aku yg belakang tu
LAWA YE! 
- rindu mummy-
yg depan tu kakak no.2


The Sibling n The Inlaws
Dari Belakang Kanan:No.3,4,1,5,6
Depan Kanan:Abg ipar 2,7,2


Ini lah keluar aku! klau nak tau kitaorg adik beradik memang kecoh sebab semua sekepala slalu aku keluar dgn adik beradik aku jarang nak keluar dgn member.tapi yang paling aku rapat dgn no 5.

P/S : Thanks for being such a good siblings.Sorry my wrond doings harm your feelings.
I LOVE U GUYS!






Keterpaksaan -_-

 Assalamualaikum...
Baca tajuk pun dah dpt agak en apa aku nak cerita.So in adalah blog aku,ye blog baru yg lama tu jgn ditanya mana pergi.Kenapa aku buat blog balik? Sebabnya boleh dikategorikan sebagai satu tugasan untuk ict.YE ICT! tak payah aku explain panjang lah ict tu mende.Sejujurnya aku memang dah lama tinggal kan zaman blogging bagai ni,maaf lah kepada sesiapa yg tak faham apa yg aku cuba sampai kan,sebabnya aku sendiri pun taktau apa yg aku nak tulis,so aku main tulis je mohon faham disitu.Nampak tak KETERPAKSAAN disitu -.-

Aku harap dgn kewujudan blog baru yg aku wujudkan sendiri ni,dpt lah aku menyambung balik ilmu penulisan blog aku yg dulu mcm kanak-kanak ribena tu. haha.Kalau lah korang dpt jumpa blog lama aku boleh lah tengok penulisan darjah henam aku tu,rasa nye dah takde kot sebab aku dah delete sebab account google dulu kena serangan penyakit.Mohon memahami aku,penulisan yg ni pendek je sebab takde idea langsung semua ni adalah KETERPAKSAAN! semata-mata.

P/S:Maaf diatas penulisan yg membabi buta disini,menyebabkan korang yg baca kurang faham apa yg aku cuba sampai kan.Yg tak faham tuh buat-buat faham jelah :)





Okay buat masa ni apa yg korang nampak dkat blog aku ni,semuanya adalah keterpaksaan.Tunggu lah bila wujud rasa kerelaan dkat aku nak deco lelawa blog,karang cecantik dkat blog ni ye.Ouh lupa nak kenalkan diri en hmmm korang tunggu lah aku buat entry baru ye hehe







CREDIT TO :- hamba Allah yg membantu buat blog ni.Mohon sengeh sensorang bila baca nanti eh :D