Assalammualaikum wbt.........
Matahari salah satu novel yg aku baca.Matahari boleh dikatakn sebuah cerpen yg byk mencerita kan kisah kehidupan.Aku suka cover depan buku ni ada tertulis "Jadilah sepertinya,sinar cahaya kepada semua sumber tenaga,segala paksi untuk semesta,sinarnya sampai walau dalam gelita"
itulah matahari.Novel ni mencerita kan teladan kepada setiap cerpen yg ada dan jadikan matahari sebagai watak utama.Kita yg baca tak perasaan ada tertulis di setiap cerpen peranan matahari itu.Penulis Hilal Asyraf aku suka dan dah lama aku ikut dia.Aku suka setiap yg dia tweetkan byk memberi kata semangat.Bila aku baca novel ni aku terfikir kenapa aku tak boleh jadi mcm matahari yg selalu bersinar walaupun ada yg membenci,memaki hamunnya?
Jadilah seperti matahari
selalu dibenci,tetapi memberi kebaikan
kekadang matahari dimarahi kerana sinarnya
kekadang matahari diseru kerana sinarnya juga
pernah matahari menghilangkan diri
pernah jua matahari sentiasa menjelma
Orang sekililing selalu menyalah kan matahari
tanpa mereka sedar matahari itu sendiri yang memberi kebaikan
matahari tetap memberi sinarnya walaupun dicaci maki
matahari tak pernah berhenti bersinar walau dibenci
matahari tetap bersinar walaupun ditutupi awan mendung
matahari dibenci tetap bersinar juga
matahari disayangi tetap bersinar juga
matahari tidak pernah berhenti bersinar untuk orang lain
matahari tak pernah mengeluh untuk bersinar
matahari sentiasa ikhlas dgn sinarannya
matahari tidak pernah mengungkit dengan sinarannya
Aku merasakan bahawa apa yang berlaku pada saat ini adalah teguran Allah kepada umat Islam keseluruhannya. Perkara yang aku tahu, umat Islam pada hari ini sering bertelagah. Malah ramai daripada kalangan mereka langsung tidak ambil kisah akan keadaan saudara mereka yang lain. Mereka hidup dalam suasana ananiah(pentingkan diri sendiri) yang menebal. Hati mereka telah menjadi keras seperti batu untuk merasa penderitaan saudara-saudara mereka.--petikan cerpen oleh Hilal Asyraf